Monday, November 16, 2009

Pertelingkahan

Mengapa masih ramai orang islam yang suka mempersoalkan hukum Allah? Adakah mereka ini cuba untuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Kalau kita lihat sekeliling kita, ada saja kes-kes yang melibatkan orang Islam pasti di bangkang. Yang membangkang nya bukan dari orang kafir tapi dari kalangan orang Islam sendiri. Kalau orang yang jahil boleh juga di maafkan, tapi ini dari golongan golongan yang boleh di katakan golongan ulamak. Bila golongan orang Islam yang ada kepentingan mempertikaikan sesuatu hal yang melibatkan Islam, orang kafir apa lagi. Ini lah peluang yang mereka nanti2 kan. Segala kelemahan dari mentadbir Islam telah luahkan oleh orang Islam sendiri.



Kita lihat kes Kartini..... seorang isteri kepada seorang Islam, sanggup meminum arak di kawasan terbuka di tepi pantai. Adakah beliau tidak tahu bahawa beliau berada di bumi Allah ini yang di namakan Malaysia?????? Beliau tanpa segan silu meminum arak hingga mabuk. Entah apa yang berada di tepi pantai di malam itu hanya Allah saja yang tahu. Setahu saya mereka yang mabuk akan berada di dalam keadaan yang kurang siuman. Mereka akan melakukan apa saja. Jangan hairan kalau si Kartini mengadakan sex bebas di pantai itu. "Anything can happen"



Apabila di hadapkan ke mahkamah, Kartini mengaku bersalah. Beliau dengan berasa megah nya telah mengatakan memang beliau yang meminum arak dan rela di jatuhkan hukuman. Hakim telah menjatuhkan hukum sebat keatas beliau..... Maka ramai lah yang memberi pendapat tentang hukuman ini. Ahli ahli politik, NGO dan orang persaorangan mengambil peluang ini untuk menjadi hero dalam kes ini. Hinggkan PM kita sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa hukuman yang telah di jatuhkan tidak semesti nya di laksanakan. Apa yang melucukan ialah bilamana PM sendiri menasihati Kartini supaya membuat rayuan agar di berikan peluang lagi bagi diri nya di bebaskankan. Adakah selepas ini PM akan menasihati agar pesalah pesalah lain saperti perompak, perogol dan peragut bilamana di jatuhkan hukuman, maka PM akan menasihati pesalah pesalah ini supaya membuat rayuan di mahkamah. Apa tujuan PM kita tu ek......



Kartini sanggup di jatuhi hukum sebat tersebut tetapi malang nya apabila tiba hari untuk menjatuhkan hukuman, maka pihak mahkamah syariah telah mengeluarkan surat dengan mengatakan bahwa hukuman tersebut telah ditangguhkan. Maka kes ini akan berlarutan dan sehingga kes ini mendapat kata muktamad, maka Kartini akan menjadi hero melayu yang sanggup di sebat, manakala pihak yang lain akan membela nasib Kertini konon nya.



Kita sama sama lihat apa kesudahan kes ini. Pembaca jangan terkejut bila mana pihak hakim mahkamah syariah akan melepas Kartini dari menjalani hukuman tersebut malah silap2 akan menjadi kaya denga menjual kisah ini.



Aminnnnnn...............

No comments:

Post a Comment