Tuesday, February 1, 2011

Apa Hal Bro??????

Dalam syok makan2 kat Sessi Tabong (annex), ada le staf lelaki yang saya kenal tapi tak brapa rapat... Tak berapa rapat sebab dia ni lain bahagian... Nama dan Bahagian...biar lah rahsia..huhuhu (atas permintaan bro nie). Bro ni macam ada masalah besar jer... So saya cakap kt bro ni, plzzz kol kat I punya ext lepas jam 12.00pm.

So tepat jam 12.00pm, bro ni kol saya. Soalan pertama yang dia tanya "Perempuan macam mana yang Bro pilih jika hendak di jadikan ISTERI". Alamak soalan maut ni...huhuhu. So saya tanya" Why bro?" Dia pun bercerita ler...  Cerita punya cerita, rupa dia dia clash dengan awek nya..Awek dia ni pun staf RISDA gak..(nama dan tempat kerja di rahsiakan)...Banyak nya rahsiaaaaaa. Masa crush pun bagitau saya, masa clash pun bagitau saya. Agak nya dia orang ni dah anggap saya saperti abang mereka kan opis ni..( or pakcik kot..wakahkah).

Jawapan saya pada bro nie.......
"Apa apa pun yang kita hendak buat kita kena fikir baik buruk nya. Saya hanya boleh memberi nasihat, tapi yang selebihnya terserah pada kamu. Jangan salahkan saya jika nasihat ini tidak dapat menyelesaikan masaalah kamu. Soalan kamu tentang gadis mana yang saya akan pilih untuk menjadi isteri saya, jawapan nya..... adalah Isteri yang saya ada sekarang ni....hehehe. "

"Nak cari bakal isteri, biarlah yang setia dan hanya mencintai kita seorang... (I Only Love a Women That Loves Me Only). Jangan lah kekasih kita itu ada orang lain yang dia suka dan sayang tetapi masih bercinta dengan kita. Maksud gadis itu berbuat demikian adalah jika kita break dengan dia, maka dia dah ada pengganti dan apabila kita dah betul2 kommited spt kita dah merisik ke or dah masuk meminang ke, dia akan tinggalkan boy tersebut. Adakah patut??? Dia mungkin amat menyayangi kamu, tapi dalam masa yang sama dia pun sayang gak dengan boy yang lain tu. Mana tau, dia akan mencari jalan atau kesempatan dari kesilapan kecil kamu untuk meninggalkan kamu. Bila kesalahan itu jatuh kepada kamu, kamu akan rasa bersalah, tapi dia tidak, sebab dia dah ada pengganti yang sedang menunggu peluang untuk mengambil alih tempat kamu"

"Cuba kamu selidiki latar belakang dia, samaada dia pernah ada BF or BF BF lain sebelum dia couple dengan kamu. Perempuan yang banyak BF adalah perempuan yang tak setia dan tidak akan setia pada kamu. Cuba tanya BF BF dia sebelum kamu, samada dia pernah buat pada mereka apa yang dia sedang buat pada kamu. Tapi kalau kamu sayang akan dia dan pasti dia adalah jodoh kamu, maka jangan le tanya pada bekas BF dia. Redha dengan apa yang berlaku or sedang berlaku. Tapi kalau kamu tanya saya, adakah dia perempuan yang baik untuk kamu? jawapan saya....ENTAH. Tepuk dada tanya selera. Pada saya, saya masih lagi berpegang pada " I ONLY LOVE A WOMEN THAT LOVES ME ONLY"

"Ingat lah bahawa apa apa kejadian itu ada hikmah nya"

Dia mengucapkan terima kasih dan berjanji akan salurkan info yang terkini bila tiba masa nya. Saya mendoakan agar dia mendapat petunjuk..... AMINNNNNNNN.

No comments:

Post a Comment