Sunday, February 6, 2011

Majlis Perkahwinan Azura (USPK)

Tarikh : 05 Februari, 2011
Tempat : Dewan di Masai, Johor

Akhir nya Cik Zura kahwin juga. Dalam orang Cina sibuk menyambut Tahun Baru Cina (tahun Arnab ) Azura pun sibuk ler menyambut Suami...wakakah. Saya join gang Bhg Kewangan pergi ke Masai, Johor. Kata nya dekat dengan Pasir Gudang, tapi saya tak pasti ler.

Rombongan bas bergerak dari KL jam 7.50 pg ( ikut jadual nya jam 7.00 pg, tpi biasa ler kan) dan sampai ke dewan tersebut jam 12.30 thari. Bila kami sampai, pengantin belum sampai lagi...so dengan perut yang sedang lapar kami makan dulu.. Makan jangan tak makan. Meriah gak kenduri nya. Juadah pelbagai, selain nasi n lauk pauk ada laksa johor dan juga kuah muih... Bila perut lapar, semua nya sedap....Tapi sebenar nya memang sedap pun....

" SELAMAT PENGANTIN BARU...AZURA DAN LOKMAN "

 Pengantin masuk ke dalam dewan

Senyum lebar tidak pernah lekang di bibir pengantin perempuan.

Gang dari HQ.. happening atas pentas..

Entah apa yang mengelikan hati kedua pengantin....
( sendiri mau ingat lah...hahahaahah)

Tahniah Untuk Uzie

Pada 31hb Januari, 2011 seorang kakitangan RISDA Manjung telah melahirkan anak. Memang biasa ler staf wanita melahirkan anak, tapi ini special sikit...Anak Kembar. Lelaki pulak tu...hahhaaa.

So, bila Uzie cal dan bagi tahu saya yang dia telah bersalin saya pun pulang ke Sitiawan pada keesokkan hari nya. Kena pulak 1hb Feb tu memang KL cuti sebab Hari Wilayah. Dalam jam 4.30pm saya dan Mrs pun sampai ke Hospital Daerah Manjung, Sitiawan. Comel anak nya...saya namakan Upin dan Ipin....hahahaha. Yang best nya berat budak2 tu boleh tahan gak. Yang abang 3.7kg dan adik plak 2.9kg ( saya tak pasti le berat sebenar nya, tapi rsasa nya macam tu lah berat nya ) So lepas ini Amrina akan sibuk ler dengan adik kembar nya itu.

Yang mana abang, yang mana adik ?

Upin n Epin

Ucapan Terima Kasih

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya Maznah, anak2 Zaiem Syafiq dan Zaiem Syamil, AA, Ekin, Nadya, Yo (Putri Melor) Cik Aini (PRD Taiping) Erma (Ipoh) dan BBIP kerna telah memberikan hadiah kepada semperna Hari Lahir saya tempuh hari, Thanks alot. Lots of suprises...

Kepada sahabat sahabat yang lain yang telah menghantar kad ucapan, SMS, ucapan dalam FB, Friendster dan Tweeter, saya juga ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih. Ingatan tersebut amat berharga bagi saya.

SEMUGA ALLAH MEMBALAS BAIK BUDI ANDA SEMUA.

InsyaAllah apabila birthday kelian nanti, saya akan membalasnya. Yang bagi hadiah akan di balas dengan hadiah, yang bagi kad akan di balas dengan kad, yang hantar SMS akan dibalas dengan SMS, yang hantar menerusi FB, Friendster dan Tweet akan juga di balas....insyaallah. Cuma minta sahabat sahabat saya doakan saya agar baik kesihatan dan murah rezeki....

AMINNNNNNN...................

Tuesday, February 1, 2011

LOVES

" I ONLY LOVE A WOMEN THAT LOVES ME ONLY "

bermaksud..... "saya akan  mencintai wanita yang hanya mencintai saya seorang...bukan dengan wanita yang sedang mencintai orang lain atau masih mencintai orang yang pernah dia cintainya dulu".

Apa Hal Bro??????

Dalam syok makan2 kat Sessi Tabong (annex), ada le staf lelaki yang saya kenal tapi tak brapa rapat... Tak berapa rapat sebab dia ni lain bahagian... Nama dan Bahagian...biar lah rahsia..huhuhu (atas permintaan bro nie). Bro ni macam ada masalah besar jer... So saya cakap kt bro ni, plzzz kol kat I punya ext lepas jam 12.00pm.

So tepat jam 12.00pm, bro ni kol saya. Soalan pertama yang dia tanya "Perempuan macam mana yang Bro pilih jika hendak di jadikan ISTERI". Alamak soalan maut ni...huhuhu. So saya tanya" Why bro?" Dia pun bercerita ler...  Cerita punya cerita, rupa dia dia clash dengan awek nya..Awek dia ni pun staf RISDA gak..(nama dan tempat kerja di rahsiakan)...Banyak nya rahsiaaaaaa. Masa crush pun bagitau saya, masa clash pun bagitau saya. Agak nya dia orang ni dah anggap saya saperti abang mereka kan opis ni..( or pakcik kot..wakahkah).

Jawapan saya pada bro nie.......
"Apa apa pun yang kita hendak buat kita kena fikir baik buruk nya. Saya hanya boleh memberi nasihat, tapi yang selebihnya terserah pada kamu. Jangan salahkan saya jika nasihat ini tidak dapat menyelesaikan masaalah kamu. Soalan kamu tentang gadis mana yang saya akan pilih untuk menjadi isteri saya, jawapan nya..... adalah Isteri yang saya ada sekarang ni....hehehe. "

"Nak cari bakal isteri, biarlah yang setia dan hanya mencintai kita seorang... (I Only Love a Women That Loves Me Only). Jangan lah kekasih kita itu ada orang lain yang dia suka dan sayang tetapi masih bercinta dengan kita. Maksud gadis itu berbuat demikian adalah jika kita break dengan dia, maka dia dah ada pengganti dan apabila kita dah betul2 kommited spt kita dah merisik ke or dah masuk meminang ke, dia akan tinggalkan boy tersebut. Adakah patut??? Dia mungkin amat menyayangi kamu, tapi dalam masa yang sama dia pun sayang gak dengan boy yang lain tu. Mana tau, dia akan mencari jalan atau kesempatan dari kesilapan kecil kamu untuk meninggalkan kamu. Bila kesalahan itu jatuh kepada kamu, kamu akan rasa bersalah, tapi dia tidak, sebab dia dah ada pengganti yang sedang menunggu peluang untuk mengambil alih tempat kamu"

"Cuba kamu selidiki latar belakang dia, samaada dia pernah ada BF or BF BF lain sebelum dia couple dengan kamu. Perempuan yang banyak BF adalah perempuan yang tak setia dan tidak akan setia pada kamu. Cuba tanya BF BF dia sebelum kamu, samada dia pernah buat pada mereka apa yang dia sedang buat pada kamu. Tapi kalau kamu sayang akan dia dan pasti dia adalah jodoh kamu, maka jangan le tanya pada bekas BF dia. Redha dengan apa yang berlaku or sedang berlaku. Tapi kalau kamu tanya saya, adakah dia perempuan yang baik untuk kamu? jawapan saya....ENTAH. Tepuk dada tanya selera. Pada saya, saya masih lagi berpegang pada " I ONLY LOVE A WOMEN THAT LOVES ME ONLY"

"Ingat lah bahawa apa apa kejadian itu ada hikmah nya"

Dia mengucapkan terima kasih dan berjanji akan salurkan info yang terkini bila tiba masa nya. Saya mendoakan agar dia mendapat petunjuk..... AMINNNNNNNN.

Monday, January 31, 2011

Birthday @ Tabong

Hari ni sessi Tabong buat jamuan khas untuk kakitangan sessi yang birthday pada bulan Januari. Saya pun termasuk gak dalam grup tu, walaupun dah tukar ke BBIP. Ha... mungkin ramai yang tertanya tanya ngapa saya pun terlibat. Sebenar nya walaupun saya bertukar tapi dalam hatii masih berat ke sessi tabong. Sebenarnya jamuan ni saya yang cadangkan bersama Kak Kama n Putri Melor... Sumbangan saya kali ini, saperti biasa cocktail jelly. Yang special nya, jelly ni saya yang buat sendiri dengan bantuan kak Ning...huhuhu. Ramai yang puji dan ramai yang tak percaya... "SAYA BUAT SENDIRI LER"

Saya datang lambat sikit sebab hantar isteri ke kelinik. Sejak dia balik dari Kota Kinabalu sabtu lepas, dia demam dan selsema. Teruk gak selsema dan batuk nya. Mrs I ini jarang demam, so bila dia demam memang ler teruk nya. Tak per le sayang...telan obat ikut jadual, insyaalah cepat le sembuh nya...huhuhuhu

Makanan nya banyak betul...ada nasi lemak dan perbagai kuih muih... Best giler.. Giler ke saya bila makan benda benda tu ek. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat. Tak kira ler siapa pun yang terlibat...huhuhu

TQ..... hope tahun depan ada lagi macam nie ke.

p/s: saya kena kumpul duit dari sekarang sbb nak bagi hadiah besday pada kekawan yang bagi hadiah besday saya tahun nie....

Me Now 50

Happy Birthday To Me...hahahaha
Sorry late entry... sekarang baru ada masa untuk menulis. Bukan apa, sibuk membalas sms yang hantar birthday wishes, lambat reply kang depa kata saya sombong le plak...huhuhu. Kat FB pun banyak gak, tpi tu semua kemudian boleh jawab ek. Pada gang2 n fren2 kat FB tu saya minta maaf ler kalu saya lambat reply...

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak2, sahabat2 dan rakan sekerja yang telah memberikan ucapan tahniah samada dengan menghantar MMS or SMS serta di FB... dan ribuan terima kasih kepada yang memberi saya hadiah, amat terharu saya...Rasa macam lagi matang bila dah berumur 50 tahun ni...huhuhu.

Special thanks kepada isteri yang telah memberi saya kamera ( i really need it coz yang lama dah hilang), kepada anak2 plus isteri yang memberi saya Quran Tajwid yang tulisan amat nya besar ( yang dulu tulisan nya kecil kan ...mcm perli abg dan abah jer ko orang ni, maklum le dah kurang boleh melihat tanpa pkai spec..huhuhuhu, insyaallah selepas ini abg n abah akan guna Quran Tajwid yang baru. Yang lama tu boleh le Along guna pulak).  Kepada Ekin, Nad dan Yo..thanks for the lacoste perfume ( my fav tu..huhuhu.. and yang lama pun dah nak habis...ingat nak beli yang baru masa pergi ke Langkawi nanti..since you all dah beli, tak perlu le saya bli...thanks alot my sisters. To AA, thanks for the T Shirt ( never in my dream that I can affort to buy  that brand of t-shirt ) ... siap hantar guna USP.

Insyaallah saya akan upload gambar2 nya kemudian sebab ada lagi birthday function yang akan di adakan.. who knows ada present lagi ek.  So....tungguuuu.

Wednesday, January 26, 2011

LAST DAY

26th Januari, 2011.... The date that is so meaningful to me. Since I'm born in 1961 today is the last day of me being at 40's... From next day (27/01/2011), I will be 50 years old. MY BIRTHDAY IS TOMORROW...huhuhuhu

Apa pun saya bersyukur kerana telah dapat merasai nikmat Allah yang tak terhingga ini. Dunia yang indah, makluk kehidupan yang menceriakan, udara yang percuma serta lain lain nikmatr Allah yang terhitung banyak nya.  Bahagia dengan isteri dan anak serta sahabat sahabat yang lain, adalah juga satu nikmat yang di berikan oleh Allah.

Kepada Ibu, Bapa, Isteri, Anak-anak, Adik beradik, Sahabat2 serta Jiran2 yang banyak memberi sokong kepada saya sepanjang 50 tahun ini. Alhamdullilah. Ramai yang mengatakan 50 ini sebagai umur orang yang dah tua.. read as.. saya dah tua, tapi kena ingat.... saya dah merasa hidup sehingga 50 tahun... kamu????hahahahaha. Belum tentu lagi kamu dapat hidup sehingga 50 tahun.

Thank ALLAH... kerana memberikan saya kesihatan ynag baik serta rezeki yang mencukupi... AMINNNNN.