Sunday, August 30, 2009

2 Kemalangan Dalam 1 Hari

Gambar 1 : Kereta Kancil Kemalangan Di Cheras

Gambar 2 : Kereta Waja yang melanggar kereta Kancil


Gambar 3: Hampir melanggar tiang Talipon




Gambar 4 : Kereta Waja ku




Gambar 5 : Remuk di belakang




Hari ini dalam sejarah dalam hidup ku


Tanggal 27hb Ogos, 2009 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1430H, Allah telah menduga aku dan keluarga ku. Kami mengalami 2 kemalangan kereta dalam 1 hari. Pada pagi Khamis tersebut, anak sulong ku Zaiem Syafiq telah mengalami satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Alam Damai Cheras. Kemalangan berlaku lebih kurang jam 7.15 pg. Persimpangan tersebut memang selalu berlaku kemalangan di sebabkan lampu isyarat tidak berfungsi dengan baik. Penduduk di kawasan ini memanggil simpang tu, simpang lampu isyarat GILA. Pada pagi tersebut anak sulong ku itu telah berhenti di persimpangan tersebut bertukar merah. Setelah lama menunggu , lampu isyarat itu tetap merah walaupun lampu isyarat di persimpangan lain telah beberapa kali bertukar dari merah ke hijau. Tiba-tiba kereta di belakang telah membunyikan hon keretanya , lalu anak sulong ku bergerak ke hadapan bersama-sama kereta di sebelah kirinya tanpa menyedari bahawa lampu isyarat masih lagi merah. Tiba-tiba kereta Waja dari simpang kiri dengan lajunya kerana lampu isyaratnya hijau. Kereta Waja tersebut telah membunyikan honnya tetapi anak sulong ku tidak sempat untuk memberhentikan keretanya. Kereta Waja tersebut telah melanggar kereta Kancil Along di bahagian kiri pintu hadapan kereta (lihat gambar 1). Kesan dari impak pelanggaran tersebut , kereta Kancil tersebut telah terbabas ke atas bahu jalan dan hampir melanggar tiang telefon (lihat gambar 2 & 3). Nasib baik Along tidak mengalami cedera parah cuma terseliuh tangan kanan dan luka-luka kecil di bahagian tengkuk dan bahu akibat terkena serpihan kaca cermin.


Kami telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur. Kereta Kancil tersebut telah dibawa ke bengkel di Selayang.
Petang hari yang sama, aku, isteri dan Zaiem Syamil pulang ke Sitiawan kerana ada beberapa urusan yang hendak di uruskan. Kami berhenti di Sekinchan untuk berbuka puasa. Satelah itu kami singgah pula di kedai adik ipar ku untuk mengambil kerepek yang telah di pesan oleh sahabat kami di Taiping. Dalam perjalanan balik isteri ku mengambil alih pemanduan kerana aku terasa mengantuk. Di persimpangan lampu isyarat di Sungai Besar, sebuah kereta Honda Civic telah melanggar kereta kami dari belakang. Mujurlah isteri ku telah menarik 'hand brake' kalau tidak pasti kereta kami akan melanggar kereta di depan kami. Bumper kami remuk dan bleoh di katakann teruk juga hingga kemek di bahagian dalam body (lihat gambar 4 & 5). Kami terpaksa settle dengan cina yang melanggar tu hanya mampu membayar sebanyak RM 450.00 sedangkan bil untuk repairnya sebanyak RM 755.00 ( terbang gak RM 300.00).
Di fikirkan rugi gak kerana aku terpaksa mengeluarkan RM 300.00 kerana kesalahan dan kecuaian orang lain. Mujurlah keluarga ku semua nya selamat. Syukur kepada ALLAH. Mungkin dugaan Allah di bulan Ramadhan. ( Aku teringat kata2 arwah bapa mertua ku..... " Kadang kalau kita terkurang bayar zakat kerana kesilapan kiraan kita Allah akan mengambil dengan cara2 yang lain.) Mungkin betul kata Arwah bapa mertua ku itu.
Selama 5 hari ( kerana kereta aku di jangka siap pada hari Selasa 01/09/2009), aku patah kaki kerana tiada kereta untuk menjalankan urusan ku di Sitiawan. Mujurlah sahabat ku Abdul Wahab dan Nazhipah (Uzie) sanggup meminjamkan kereta mereka kepada aku. Terima kasih aku ucapkan....... Kebaikan kamu semua hanya Allah yang akan membalas nya. AMIN.

3 comments:

  1. saba je la ea..
    dugaan...
    tp slmt la sume ok...
    eda tao pn sbb bka myspce bce along nye..
    pastu col opah..
    n opah pn gtao gak...
    ingtkn 1jew..
    p dua kali lak xcdt..
    xpe la..
    byk kn doa..
    spya mudah prjlnn kita..
    slm..

    ReplyDelete
  2. Hrp brsabar dgn dugaan ini...bleh thn teruk gak ni kn..smoga along cpt sembuh..betullah tu..kdng2 kita teralpa..sama2 la slng ingat mengingati.

    ReplyDelete
  3. Thanks... Malang x berbau. Nsb baik kete waja dh sipa klau x Raya ini kmai blk kampung naik teksi lerrrr... huhuhuhuhu

    ReplyDelete