Pada 18 ogos lalu saya membaca 1 akhbar The Sun. Pada ruangan Speak Up satu ruangan yang di namakan "What They Say" yang di kendalikan oleh seorang penulis bernama Zainon Ahmad. Siapa orang ini saya tak kenal atau orang ini bukan yang popular sangat. Apa2 pun saya bukan nak memperkatakan siapa beliau ini. Itu tak mustahak. Bagi saya siapa yang menulis tidak berapa mustahak tapi apa yang di tulis nya.
Konon nya kisah ini berlaku di Riverside Cafe, PWTC.... Hebat penulis ini, lepak pun kat cafe yang mewah. Ada 4 nama yang di catit dalam perbualan ini. Mohan ( org India ), Chong ( org Cina), Azman ( org melayu) dan Zain (jugak org melayu). Tapi si penulis ruangan pojok ini?????
Mereka membincangkan keistimewaan orang melayu yang beragama Islam di Malaysia ini. Si Mohan dan Chong mengatakan bahawa alang kah bertuah nya orang Islam di negara ini yang di jaga dan di pantau agar dapat menjadi orang Islam yang baik tanpa mereka sedari. Orang Islam di jagai dari segi makanan ( makan halal ), bilangan ceramah yang banyak samada di Mesjid, Surau, di Universiti, di radio dan Tv yang mengingatkan orang islam agar tidak berbuat dosa. Arak tidak boleh di jual di kawasan majoriti nya orang Islam. Orang Islam di tegah minum arak di khalayak ramai dan pub pun di kira khayalak ramai. Chong mengatakan bahawa banyak perkara yang di lakukan oleh kerajaan Malaysia ( sebenarnya Jabatan Agama Islam ) untuk melindungi orang Islam supaya jangan berbuat dosa tapi telah mengenepikan penganut agama lain. Tapi kata Chong, walauapa pun ynag telah di lakukan dan akan di lakukan oleh kerajaan, dia tetap dengan agama dia. Dan ini di persetujui oleh Mohan.
Pada saya, bukan nya undang undang yang ketat atau pemantuan yang berterusan ynag menjadikan kita orang Islam satu kaum yang ta'at pada agama. Saya juga mempertikaikan penulis pojok ini menulis rencana ini. Apakah dia ingin mengatakan bahawa menjadi orang Islam di Malaysia ini sangat untung atau sengaja untuk mengujudkan ketidakpuasan penganut agama lain yang begitu banyak di Malaysia ini. Ataupun beliau ingin mengujudkan perasaan kesian umat Islam di Malaysia ini yang merasakan rakan2 mereka tidak di lindungi oleh undang undang Malaysia. Saya kurang pasti..... Tapi kalau rakan2 membaca ruangan ini di akbar The Sun Pasti merasa marah, mual dan juga sedih kepada penulis nya yang bernama Zainon Ahmad.
Untuk lebih keterangan sila rakan rakan baca The Sun bertarikh 18 Ogos, 2009 di muka surat 10.
Salam sejahtera.
No comments:
Post a Comment