untuk di jualan.
Minggu lepas saya pulang ke sitiawan dan singgah di Kg Pasir Panjang, Sekinchan (kg isteri saya). Singgah di kilang/kedai kerepek dan biskut raya milik adik ipar saya. Sibuk sungguh beliau dengan pekerja nya menyiapkan tempahan kerepek dan kueh raya yang akan menjelang tiba ( puasa pun belum mula lgi..... hehehehehe). Begitu lah, setiap menjelang bulan Rejab maka sibuk lah beliau dan suami nya ( tokey kedai) serta pekerja nya sibuk le. Masing2 dengan tugas yang telah ditetapkan.
Kawasan kedai nya penuh dengan pelanggan yang datang untuk menempah krepek ataupun kueh raya. Yang datang untuk mengambil barangan yang di tempah tempuh hari pun ramai jugak. Boleh saya bayangkan kalau menjelang akhir Ramadhan, mesti meriah dan kecuh di buat nya.
Kilang SMI ini ada membuat berbagai jenis kerepek saperti kerepek bawang, ubi, keledek, pisang, sukun dan lain lain lagi. Kueh raya pun banyak juga saperti Almond London, Nesta (tart nenas) dan lain2 lagi yang saya tak tahu nama kueh nya. Jika pembaca ingin menempah boleh tempah sekarang. Alamat di Parit 11, Kampung Pasir Panjang, Sekinchan. No tel 03-32411192, 019-6143171.
untuk maklumat lanjut layari:
ReplyDeletehttp://rosfa.blogspot.com/
Isyaallah.... nanti teman gi layar k.... Citer baik punya ke???
ReplyDelete