Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Dah Kembali

( Isteri dan anak anak ku semasa bercuti di Sabah 2008)
Ramadhan Kembali Menyapa
Bersyukur Atas Nikmat Usia
Bila Berjumpa Dengan Bulan Yang Mulia
Tanamkan Azam Dalam Diri Kita
Semuga Menjadi Insan Bertakwa.
MARHABAN YA RAMADHAN
Hari Sabtu 22 Ogos, 2009 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1430 Hijrah umat Islam mula berpuasa. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapan "SELAMAT BERPUASA" kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Untuk isteri dan anak anak, ambil lah kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan kita agar segala amalan kita itu di terima oleh ALLAH dan di kurniakan pahala berlipat ganda. Sama samalah kita, saperti tahun tahun sebelum nya beramai ramai ke Masjid atau Surau untuk bersama umat Islam yang lain menunaikan Solat Tarawikh pada setiap malam.
Untuk Ibu ibu ku, saudara mara ku, jiran jiran ku, sahabat sahabat ku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat ambil lah kesempatan yang ALLAH beri ini kepada kita dengan sebaik nya kerana kita tidak tahu samaada kita di beri lagi kesempatan begini oleh ALLAH di tahun hadapan.
Anak Ketam Belajar Berjalan
Mata nya Tanggal Digigit Lipan
Selamat Datang Bulan Ramadhan
Selamat Tinggal Hantu Dan Setan
(pantun ini dihantar oleh adikku DIKNA)

4 comments:

  1. salam ramadhan dri Lin n family...pic kat header tu cam citer mukhisn lak..hehee

    ReplyDelete
  2. Lepas ni saya akan terbang le plk...kahkahkah Gambar back ground tu Gunung Sangtubong lerrr..

    ReplyDelete
  3. Hehe..ooo ye ke..x jmpe puteri santubung ker??

    ReplyDelete
  4. Ada jmpa pe.... yg sblh sya 2 puteri le... bkn santubong tpi puteri gk... hehehe

    ReplyDelete