Thursday, May 6, 2010

Kasut Futsal


I bought this new pair of futsal shoe... The brand......... "Line 7"... an expensive one... more than adidas coz it has 7 line, compare 2 adidas which has only 3 line..... so the more stripes the merrier.... hahahahaha. Rite???

And what makes me very fond of this shoe is the color.... IT'S GREEN.......



Wednesday, May 5, 2010

Borang SHPB Datang Lagi

Borang SHPB datang lagi. Kali ini dengan lebih menimbun dan complicated sikit dari yang biasa. Sebab nya kami menggunakan borang baru yang telah di ubah suai. Banyaj soalan yang di ajukan oleh ahli. Tapi memang ada beberapa kenyataan yang mengelirukan. Tapi memandangkan bahawa semua kenyataan itu ditulis dalam Bahasa Melayu so saya ingat tidak menjadi masaalah ler.
Masih ada staf yang lambat menghantar borang. Kalau staf dari PT luar boleh gak di maafkan. Ini staf yang di HQ. Aduyaiii... tolong ler. Kalau nak di ikutkan kami tidak lagi menerima borang satelah tamat tarikh nya. Tapi memandangkan mungkin di sebabkan oleh perhubungan maka kami extend kan lagi tarikh nya, walaupun bukan secara rasmi. Tpai ini untuk ahli ahli di luar PT sahaja tau. Tapi yang menjadi masalah nya, staf yang kat HQ plak yang mengambil kesempatan. Ada patut ker...
So lepas ini sesiapa yang tidak menghantar borang SHPB akan di key in sebagai pencarum yang mengambil plan yang paling rendah.... PADAN MUKA....hahahaha ( tapi PADAN MUKA sapa ek....)

Thursday, April 22, 2010

Are You Stress????

one spiritual story:---->have fun reading! Diharap mendapat kesedaran dan pengajaran dari cerita di bawah ini.

A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: "If you noticed, all the nice looking expensive cups have been taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups... And then you began eyeing each other's cups.

Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of life we live.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups! The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.


Thanks alot to all my friends.....

zamanzach

Wednesday, April 21, 2010

Maher Zain....

Maher Zain.... penyanyi lagu2 nasyed.
Anda kenal dengan beliau....
Beliau berasal dari Lubnan & berhijrah ke Sweden bersama keluarganya semasa berusia 8 tahun.....
Lagu2 Maher Zain ini amat popular di Barat...
So... saya nak berkongsi satu lagu ini dengan anda sekelian.
Tajuk Lagu...."For The Rest Of My Life"
video

Tuesday, April 20, 2010

SHPB

Sekali lagi saperti tahun2 yang lepas.... masuk je bulan March mula le kami kat SHPB ( Skim Hospital dan Pembedahan Berkelumpok).... bagi orang yang belum tahu apa itu SHPB.... apa bonggok sangat ke orang RISDA ni masih tak tau apa itu SHPB????... bukan le semua... tapi masih ada yang tak tahu....hahahaha. Macam tak caya kan.

Komplen yang pertama yang kami terima & komplen yang sama kami terima setiap tahun ......"HAAAA... NAIK LAGI" , "KENA ISI BORANG LAGI KE" "KALAU TAK ISI BORANG TAK PE KE" " BOLEH TAK KAMI TAK NAK MASUK SHPB NI, MAHAL SANGAT LER" " NGAPA LAMBAT BEBENOR HANTO BORANG NYA DAH TU NAK CEPAT DI KEMBALIKAN".

Jawapan yang selamba dek : "Memang le naik... sekarang ini nak kencing kat public toilet pun dah naik", "Kena le isi borang dah tu nak isi apa...PERUT????" , " Tak isi borang pun tak pe... tapi bila masuk Hospital Pakar kami pun x payah ler isi borang GL... ko isi le sendiri", Tak nak masuk SHPB???...boleh2... isi je borang berhenti kerja RISDA.. abis cerita", "Huhuhuhuhu.... PROTAC yang lambat.....jangan salahkan kami........kang saya nagis kangggg" (ayat ini sya pinjam dari adik saya kat opis...hehehehe)- OK TAK KALAU SAYA JAWAP MACAM TU.


Tapi kami kat seksi tabung & kebajikan ni takkan nak jawapan macm tu kan, walaupun teringin sangat nak cakap cam tu. Ada staf ini siap cakap dengan saya..." Kami isi borang pun bukan nya dapat duit, malah keluar duit lagi ada ler" Elooooo makcik... !!! banyak benda yang dalam dunia ni yang isi borang tapi kena bayar duit tau. Kat tempat kami ini ada satu jer yang isi borang yang dapat duit.... TKKR!!!!! tapi jangan lupa bayar balik ek. Ada satu lagi kalau isi borang & dapat duit.... kalau makcik isi borang keluar duit di bank. Tapi kalau makcik guna borang utk keluar duit di bank... makna nya makcik ni biul ler tak tahu cara guna kad ATM...hahaha. Soriiii makcik... joking je... tapi kalau makcik terasa...."ada aku kisah....." hahahaha.

Saya pun tak boleh salahkan staf RISDA dalam hal ini. Kami dah cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan borang dengan segera kerana setiap tahun perkara yang sama gak yang berlaku. Pihak kami dah berurusan dengan PROTAC sejak awal tahun lagi. Kami minta PROTAC agar mempercepatkan urusan memilih syarikat insuran yang dapat memberi offer yang baik. Tapi tup2 bulan March le jugak yang mereka dapat beri keputusan. Alahai PROTAC ini tak kasihan kat kami kerrrrr.

Selepas ini staf kat unit tabung ni...tak kira le SHPB ke...SKKR ke...TKKR ke TKPR ke..mati le nak key in borang untuk SHPB & SKKR. Bertungkus lumus sampai kena buat over time and datang hari sabtu & ahad. Elllloooooo PROTAC kasihani lah kami...... Mana janji mu nak hantar kami melancung ke luar negara..... ( ehhh... ada ke protac janji dengan kami ekkkk - mula le aku lari dari tajuk le plk ..... saja je nak lepaskan tension)

Apa2 pun kami minta maaf le pada staf RISDA kerana skim hospital ni dah melangkau 1 bulan. Bermakna gaji ko orang bagi bulan Jun or Julai ini ada le tunggakan potongan caruman sebulan.... Kami dah jangka dah orang yang sama akan kol kami dan bertanya..... "NGAPA DA TUNGGAKAN PULAK...DAH LE KOME ANTO BORANG LAMBAT NI PULAK ADA TUNGGAKAN.. MACAM INI LARI LE BUDGET" so jawapan yang paling baik yang boleh aku bagi "TAK PE LE MAKCIK... BILA MAKCIK MASUK HOSPITAL NANTI INSYAALLAH KAMI AKAN ANTO BUNGA & BUBUR AYAM McD...." hahahahhaha hikhikhik. Tapi kami tak le nak bagi bunga & bubur tu pada semua staf RISDA yang masuk hospital tau... khas untuk makcik ni je...makcik yang kerja nya nak bertanyaaaa je... tanya makcik tanya, jangan tak tanya... tapiiiii kalau kami jawap, jangan le pulak makcik naik angin satu badan ek... sygggggg makcik.

Salah sapa ek...!!!!! Entah le yeop ......LU PIKIR LE SENDIRI

Hotel Mania

Ko orang mesti ada menonton cerita Hotel Mania yang di siarkan di TV3 setiap hari Selasa jam 9.00 mlm. Saya menonton nya semalam. 1st time saya tonton kira ok gak cerita nya. Something special yang telah di lakukan oleh KRU. Pelakon nya biasa biasa nya, tapi concept yang di tonjolkan dalam cerita amat menarik. Tak kira le kalau ko orang semua tak suka cerita tersebut tapi akan yang membuat nya special ialah cara persembahan. Mana ada cerita drama yang di iktitafkan sebagai musical. Kalau ada tolong story kat saya.

Setengah orang menonton sesuatu cerita itu di sebabkan oleh pelakon dan ada orang di sebabkan pengarah nya, tapi saya kerana concept nya. Drama musical ini belum pernah ada di Malaysia ini. Ala kalau ko orang nak sama kan dengan cerita cerekarama yang ala ala musical tu amat jauh lah kalau nak di samakan dengan Hotel Mania. Tak le ada tarian tarian yang ala hindustan yang selalu di hidangkan dalam drama2 biasa tu.

So jika ko orang tak caya.... sila tonton drama ini tau. Baru le komen.

Tahniah KRU.

Tuesday, April 13, 2010

RAJIN...MALAS

RAJIN BERCAKAP RAJIN BEKERJA : "BAGUS"
RAJIN BEKERJA MALAS BERCAKAP : "KENA BULI"
MALAS BEKERJA RAJIN BERCAKAP : "WAYANG CINA"
MALAS BEKERJA MALAS BERCAKAP : "TAK GUNA"
MALAS BEKERJA SELALU MENGADU : "NYAMUK"
MALAS BEKERJA SELALU PONTENG : "LEBIH BAIK BERHENTI"
MALAS BEKERJA SUKA TERMENUNG : "LEBIH BAIK MATI"

I got this from somebody who sent it to my email.........
TQ Haza.....!!!!!

Monday, April 12, 2010

Guru Cikgu....Guru Cikgu

Ramai telah maklum bahawa kebajikan guru2 kat malaysia nie memang di jaga saperti menatang minyak yang penuh ( menatang tu bukan ke nama lain bagi binatang???? erhmmmm...entah ler). Apa saja yang mereka pohon 99% akan di penuhi oleh kerajaan. Konon nya profesion mereka ini amat penting dalam masyarakat. Itu tidak boleh di nafi kan. Aku amat bertrima kasih dengan guru2 aku dulu, dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.... TERIMA KASIH CIKGU. Teringat aku pada guru darjah satu aku dulu.... Miss Leelawathi... (indian key....) Guru pertama yang mengajar aku tulis A B C and 1 2 3.....

Aku bukan nya nak melaga lagakan di antara guru dengan kakitangan lain dalam perkhidmatan awam. Saya cuma nak perkara ini di sama ratakan. Jangan saya dengki or iri hati terhadap guru. Dalam famili aku pun ada gak guru. Cuma apa yang di tuntut oleh guru supaya mereka di berikan elaun kerana menjalankan tugas2 pentadbiran spt membuat surat, photostat, mengedarkan surat dan lain lain nya agak keterlaluan.

Tapi jangan lupa, bahawa jawatan lain pun membuat kerja yang di luar bidang kerja mereka. Ambil contoh di pejabat saya, tugas photostat dan edaran surat juga di buat oleh kakitangan lain malah ada Pengarah yang membuat photostat sendiri yang mana tugas tersebut sepatutnya di lakukan oleh Opis Boy. Malah ada pegawai dan kakitangan yang terpaksa mengendalikan kursus dan mengajar kakitangan kakitangan yang baru ( ada gak pegawai/kakitangan yang lama) tanpa sebarang elaun yang di berikan. Jadi tolong lah jangan lah guru menjadikan alasan tersebut untuk memohon elaun. Lihat anggota polis, mereka di berikan kenaikan gaji dan elaun tanpa mengatakan mereka terpaksa membuat kerja yang di luar bidang kerja mereka.

Sepatut nya guru2 ni minta le kenaikan gaji tanpa meminta tambahan elaun saperti yang mereka pohon sekarang. Jalankan tugas dengan baik semuga memdapat berkat dari kerja kita itu. Jika ada guru2 yang membaca blog ini, saya mohon maaf. Anggaplah ini sebagai satu luah perasaan buka nya dengkiiiiiiiii!!!!!!!!. Kalau guru naik gaji pun saya tak kisah sebab bukan nya gaji saya kena potong pun.... hehehehehe

Tuesday, April 6, 2010

Thumb Print

RISDA HQ telah pun mengunakan "Thumb Print" untuk setiap kakitangan HQ yang hendak masuk n keluar opis. Tujuan nya untuk control pergerakan kakitangan.... huhuhuhu boleh control ker.... So mulai bulan Oktober, 2009 maka warga RISDA HQ pun akan memprintkan thumb mereka untuk masuk bangunan RISDA dan ke setiap bahagian.... ( tpi punch kad guna gak ). Ok gak.. sya setuju dengan arahan baru ini. Macam nampak canggih jer, bru le setaraf dengan opis2 lain kt KL ni. Baru le boleh cite dengan staf2 dari jabatan lain di KKLW nie... Dato KP pun mesti bangga dengan sistem baru ini.... AKU PUN BANGGA....

Baru sebulan menggunakan thumb print nie.....
Macam macam ragam....
Nk masuk opis, sampai 5 kali letak ibu jari tapi masih tak boleh buka pintu nya....
Itu nak masuk ke bahagian.... Kalau nk kuar opis lg masaalah... ada sampai 10 kali baru boleh boleh buka...
Asyik2 " Please try again...please try again".... dah le cakap owg puteh... nak je aku cakap kat pintu tu... "Kalau aku pangggg u again and again boleh tak????" hahahaha. Kalau setakat pengarah panggil jumpa dia kat tingkat 11 takpe le lagi... ni kalau nk terkucil... apa cerite beb. Ini bukan "Thumb Print" tapi DUMB PRINT le jadi nya ( kos nak pasang pun mesti bukan murah ek.... )

Aku yang pada bulan Oktober, 2009 terasa amat bangga dengan pintu sistem thumb print ini, tpi sekarang aku jadi BANGANG le plk.... kahkahkah

Malaysia Boleh....RISDA Boleh..... bolehhhhhh Blahhhhhh

Gambar Dart RISDA Piala Dato KP

Champion Dart Piala Dato KP 2010 - Terengganu
( muka yang lama je jugak )

Naib Johan - KESURIN Perak

( Team baru, muka baru tapi jadi Naib Johan - tahniah)

Pengurus Pasukan KESURIN menerima Hadiah dari Tn Hj Omar Paimin
( RM 300.00...... bebbbbb )


Champion Men - Yassin ( MR YES )
( air mineral 2 di sponsor oleh.....?????)


Tempat ke 3 Men
(Abdul Halim - dulu champion sekarang dah jaruh ranking no 12...hahahahah)
Taraaaaa.... nak gambar pertandingan dart Piala Dato KP RISDA 2010.
Sekarang ini baru boleh up load gambar....
Orang Manjung sibuk sangat tanya gambar mereka... so skarang boleh le down load
Nak lain2 gambar sila contact saya.... (HQ - ext. 405)





Monday, April 5, 2010

Hari nie terasa malas nak kerja. Maklum le hari Isnin. "Black Monday"

Kepala pun ada sikit pening .

Telah Obat 2 biji

Masih pening.... Ini kira dah masuk kategori SAKIT KEPALA.

Ambil Panadol Soluble....

TIDORRRRRRR.....
(tido pun jam 1.15pm key.... bukan ponteng tau.)

Choke

CHOKE.....!!!!!!

Jumaat lepas saya pergi ke Ampang Point. Biasa nya saya akan tumpang opismate saya yang pulang ke rumah nya di Wangsa Maju. Dia drop kt Ampang Point. So saya berjalan ke Hotel D Palma utk solat jumaat. Ramai kan tak percaya yang kita boleh solat jumaat di hotel d palma. Betul tak tipu pun. Itu special nya negeri Selangor. Depa siap bagi permit buat solat jumaat kt hotel..... Dah tu ramai pulak orang yang joint sekali. Meriah...meriah.
Selepas solat saya pun ke shopping complex Ampang Point. Pergi ke satu kedai fast food ni untuk my lunch. Sambil tunggu oder siap, ada dua orang ladies di sebelah. Kira ok le gak, pakaian up todate. Muka bleh tahan, de mirip2 separa mat saleh.... Speaking English tapi ada terabur le sikit. Lagi ramai yang perhatikan mereka, lagi depa tu spaking abit louder. Tiba2 yang si pingki ni minta le kat boy belakang kaunter... " Bro, give me 2 choke"... hahahaha saya hampir tergelak. Nasib baik boleh control le kalu tidak mau terguling2 saya kat situ. Apa kejadahnya gurl ni minta choke. Hilang akal ke pe?????
Kalu saya le yang ambil oder tu dah sah nya saya akan cakap " Ok sist... open your mouth and let me put this can in your mouth till you CHOKE". Kami faham le apa yang dia minta, tapi dengan style n cakap slang inggeris yang buat kami ketawa tu. Nak minta COKE tapi sebut CHOKE. Aisayman sist.... Label dah ok tapi output..... Hampeh.
Tapi lepas itu saya makan burger pn rasa nak CHOKE.....hahahahaha.

Dart Piala Dato KP RISDA

Pada 27 & 28 Mac, 2010 RISDA telah menganjurkan pertandingan dart untuk merebut Piala Dato Ketua Pengarah RISDA bagi tahun 2010. Pertandingan telah diadakan di Audotorium Sultan Haji Ahmad Shah. Sebanyak 11 pasukan dari seluruh negeri telah menyertai pertandingan tersebut. RISDA memang terkenal dengan dart nya. Kalau dalam sukan Makspen, bila sebut saja dart pasti pasukan lain akan menyebut "RISDA tu team baik oiiii"... Bangga le sekejap...hahahaha.

Pasal pe le plak saya lari dari tajuk nya..... Baik... back to the original story.

Pertandingan berpasukan telah di menangi oleh
Johan : Terengganu
N, Johan : Kesurin ( PERAK tu beb.... tahniah org manjung)
3 & 4 : HQ A ( team saya tu ) & Team Pilot ( BPK)

Individu lelaki
Johan : Yassin (Mr. Yes ) - Terengganu
N.Johan : Rosli - Team Pilot (BPK)
3 & 4 : Halim (Kesurin) & Kamaruddin ( HQ B)

Tahniah kepada semua pemenang.......

......gambar tidak boleh di upload buat masa sekarang ini..... maybe next time.

Lupa password

Mula2 sekali saya nak minta maaf kepada gang2 saya kerana dah lama tak bersama di blog ini. Tapi kita masih berkomunikasi di dalam FB kan. Dah lama saya tidak update blog saya ini. bukan pape cuma saya terlupa password nya. Macma nama boleh lupa ek. Kelakar kan... hahahaha. Tapi memang itu lah yang berlaku. Mungkin kerana lama tak update tu yang saya lupa akan password nya. Minta2 selepas ini saya tak le lupa pulak di mana saya simpan kunci kereta or kunci rumah or dan lain lain lagi....

Ini kena tulis password nya kat dalam hand phone saya.

Buat kata pujangga Inggeris " Welcome back my friend"