Monday, April 12, 2010

Guru Cikgu....Guru Cikgu

Ramai telah maklum bahawa kebajikan guru2 kat malaysia nie memang di jaga saperti menatang minyak yang penuh ( menatang tu bukan ke nama lain bagi binatang???? erhmmmm...entah ler). Apa saja yang mereka pohon 99% akan di penuhi oleh kerajaan. Konon nya profesion mereka ini amat penting dalam masyarakat. Itu tidak boleh di nafi kan. Aku amat bertrima kasih dengan guru2 aku dulu, dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah.... TERIMA KASIH CIKGU. Teringat aku pada guru darjah satu aku dulu.... Miss Leelawathi... (indian key....) Guru pertama yang mengajar aku tulis A B C and 1 2 3.....

Aku bukan nya nak melaga lagakan di antara guru dengan kakitangan lain dalam perkhidmatan awam. Saya cuma nak perkara ini di sama ratakan. Jangan saya dengki or iri hati terhadap guru. Dalam famili aku pun ada gak guru. Cuma apa yang di tuntut oleh guru supaya mereka di berikan elaun kerana menjalankan tugas2 pentadbiran spt membuat surat, photostat, mengedarkan surat dan lain lain nya agak keterlaluan.

Tapi jangan lupa, bahawa jawatan lain pun membuat kerja yang di luar bidang kerja mereka. Ambil contoh di pejabat saya, tugas photostat dan edaran surat juga di buat oleh kakitangan lain malah ada Pengarah yang membuat photostat sendiri yang mana tugas tersebut sepatutnya di lakukan oleh Opis Boy. Malah ada pegawai dan kakitangan yang terpaksa mengendalikan kursus dan mengajar kakitangan kakitangan yang baru ( ada gak pegawai/kakitangan yang lama) tanpa sebarang elaun yang di berikan. Jadi tolong lah jangan lah guru menjadikan alasan tersebut untuk memohon elaun. Lihat anggota polis, mereka di berikan kenaikan gaji dan elaun tanpa mengatakan mereka terpaksa membuat kerja yang di luar bidang kerja mereka.

Sepatut nya guru2 ni minta le kenaikan gaji tanpa meminta tambahan elaun saperti yang mereka pohon sekarang. Jalankan tugas dengan baik semuga memdapat berkat dari kerja kita itu. Jika ada guru2 yang membaca blog ini, saya mohon maaf. Anggaplah ini sebagai satu luah perasaan buka nya dengkiiiiiiiii!!!!!!!!. Kalau guru naik gaji pun saya tak kisah sebab bukan nya gaji saya kena potong pun.... hehehehehe

No comments:

Post a Comment