Wednesday, June 13, 2012

Makanan Kesihatan

Sejak semenjak ni, ramai sahabat sahabat saya yang menghadapi penyakit yang agak kronik. Maklum lah, usia pun dah meningkat dan dengan persekitaran yang kurang sihat membuat kita lebih tidak sihat dari sihat. Penyakit penyakit saperti Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout dan lain lain lagi telah menjadi penyakit 'common' di kalangan rakyat Malaysia dan Dunia am nya.


Kadang kadang kita mengambil mudah tentang kesihatan ini, termasuk lah  saya. Mungkin mengambil mudah, tapi kadang kita makan hanya untuk kenyang dan jimat. Jimat masa dan jimat kewangan. Sekarang ini pulak, haraga medical amat lah tinggi terutama nay di hospital dan pusat rawatan swasta. Kakitangan RISDA adalah di kalangan kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pada saya di golongkan dalam kategori yang bernasib baik. Sebab nya kami kat RISDA de SHPB ( Skim Hospital & Pembedahan Berkelompok ). So gang gang RISDA sila lah mencarum dengan skim yang lebih tinggi... lebih tinggi dari tahun lepas. Ini cadangan saya saja bukan paksaan or arahan, cuma kalau kita sakit & perlukan rawatan segara baru lah kita rasa betapa mustahak nya SHPB tu.


So kawan2.. sila baca artikel di bawah dan AMALKAN.....



Makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.


Untuk memastikan anda mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima, pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan.


Baca artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis makanan berkhasiat bagus untuk badan kita!

Bijirin
Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

Sayur-sayuran
Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.

Buah-buahan
Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

Produk tenusu
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.

Daging dan kekacang
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.

Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.

Tuesday, June 12, 2012

Untuk Kita Berfikir

Sahabat Facebook saya ingin share kisah di bawah yang menurutnya, ada sahabat beliau yang email kan kepada nya... So frens let us share what need sharing
TQ.... Diana Ishak.....

Kisah 1:


Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap... hari.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Sayang kucing?
Kucing makan banyak?
Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan, bagi duit mesti taknak. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik.
Satu hari gadis itu tiada, setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England.
Apa ada dalam fikiran melayu?
Kedai buruk tapi duit banyak?
Bergadai tanah atau meminjam dari orang?
Jawapan cina, "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu.
Dicari kontraktor melayu.
Apa dalam fikiran kontraktor melayu?
Sebut harga hanya 20 ribu katanya.
Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu.
Jawapan cina, " Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Masyaallah, tak malukan wahai bangsaku? Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih?

Malangnya, kisah diatas adalah kisah benar.

~renung2kan

Tuesday, June 5, 2012

EURO 2012... Poland & Ukraine




TIME AGAIN FOR THE BEST FOOTBALL IN THE WORLD.

Makna nyer aku akan melekat kat depan TV ASTRO untuk sepanjang bulan ini...hahahaha





Team To Support

EURO 2012

So Euro ( European Nation Cup ) is back... Kemeriahan nya kadang2 melebihi apa yang ada di World Cup. 16 team akan berentap. So as usual, team saya tetap Belanda ( Netherland ) or famous dengan panggilan ORANJE. Team nie saya support sejak tahun 1974 ( World Cup Germanay ) dengan pemain pemain yang hebat saperti Johan Crufyll, Johan Neesken dan banyak lagi. Time itu mereka lah yang mempersembahkan "TOTAL FOOTBAL" yang di inspirasikan oleh jurulatih mereka ketika itu...RINUS MICHELS. What a great man he was. Walaupun Holland kalah kepada Germany 1-2 pada final World Cup 74, tapi permainan mereka yang menghiburkan membuat saya terpikat dengan team tersebut. Since then warna kegemaran saya ialah oren....hahahaah.


Then came World Cup 1978, Holland datang dengan pemain pemain yang terbaik. Team tersebut amat digeruni dan di hormati oleh semua team yang mengambil bahagian. That the best yang pernah di kumpulkan oleh team Holland. Walaupun tanpa Johan Cruyff, Willen van Hanegan dan Jan van Beveren yang enggan bermain atas sebab2 peribadi namun pemain pemain saperti Johan Neeskens, Johnny Rep, Arie Haan, Ruud Krol dan ramai lagi masih dapat memberikan persembahan permaiana yang terbaik.


The best result ever, bilamana Holland menjuarai Euro 88. Masa tu pemain pemain Holland memeng top, saperti Marco van Basten, Ronald Koeman & Ruud Gullit ( to name a few ). Masa itu saya amat bangga bila Gullit menjulang Henri Delauny Trophy atau lebih di kenali sebagai Piala Eropah.

Piala yang menjadi rebutan ( Henri Delauny Trophy

Now... Euro 2012 yang akan berlangsung di Poland & Ukraine. Holland di letakkan di dalam Group B yang disifatkan oleh kebanyakkan penanalisis sukan sebagai kumpulan MAUT.... Tapi yang pasti Euro kali ini akan   membuat saya berjaga malam, terutama game yang melibatkan team Oranje. Pasti mengantukkkkkkk!!!!


JADUAL PERLAWANAN YANG MELIBATKAN HOLLAND DI PERINGKAT KUMPULAN




9 June 2012


13 June 2012


17 June 2012