Wednesday, June 13, 2012

Makanan Kesihatan

Sejak semenjak ni, ramai sahabat sahabat saya yang menghadapi penyakit yang agak kronik. Maklum lah, usia pun dah meningkat dan dengan persekitaran yang kurang sihat membuat kita lebih tidak sihat dari sihat. Penyakit penyakit saperti Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis, Gout dan lain lain lagi telah menjadi penyakit 'common' di kalangan rakyat Malaysia dan Dunia am nya.


Kadang kadang kita mengambil mudah tentang kesihatan ini, termasuk lah  saya. Mungkin mengambil mudah, tapi kadang kita makan hanya untuk kenyang dan jimat. Jimat masa dan jimat kewangan. Sekarang ini pulak, haraga medical amat lah tinggi terutama nay di hospital dan pusat rawatan swasta. Kakitangan RISDA adalah di kalangan kakitangan kerajaan dan badan berkanun yang pada saya di golongkan dalam kategori yang bernasib baik. Sebab nya kami kat RISDA de SHPB ( Skim Hospital & Pembedahan Berkelompok ). So gang gang RISDA sila lah mencarum dengan skim yang lebih tinggi... lebih tinggi dari tahun lepas. Ini cadangan saya saja bukan paksaan or arahan, cuma kalau kita sakit & perlukan rawatan segara baru lah kita rasa betapa mustahak nya SHPB tu.


So kawan2.. sila baca artikel di bawah dan AMALKAN.....



Makanan yang sihat adalah tubuh badan kita menerima khasiat lebih dari kalori yang ada di dalam makanan tersebut.


Untuk memastikan anda mengetahui khasiat tubuh badan yang diterima, pastikan pengambilan makanan sihat diambil dengan kuantiti yang mencukupi setiap hari agar ada keseimbangan di dalam badan.


Baca artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis makanan berkhasiat bagus untuk badan kita!

Bijirin
Untuk pengetahuan semua, bijirin penuh lebih berkhasiat berbanding beras putih yang telah diproses. Bijiran yang telah diproses menghapus vitamin, zat besi dan semua fiber dan asid lemak yang diperlukan dalam badan. Khasiat bijirin adalah meningkatkan tahap imun (ketahanan) dalam diri, merendahkan kolestrol, mengurangkan risiko diabetes, menghalang obesiti, sakit jantung mengurangkan asma dan bermacam-macam lagi. Antara makanan yang diperbuat dari bijirin adalah roti, pasta,oat dan nestum.

Sayur-sayuran
Ubi keledek lebih kurang kalori berbanding ubi kentang, ianya juga lebih manis dan memiliki vitamin c dan fiber yang diperlukan badan. Ubi keledek juga mampu menghalang dari penyakit kanser, mengurangkan kolestrol dan meningkat ketahanan diri. Banyak kajian menunjukkan ubi keledek lebih berkhasiat berbanding sayuran lain seperti, lobak merah, brokoli dan bayam. Makanan ini juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga sekitar berusia 6 bulan. Makanan ini memang sesuai untuk makanan pertama bayi.Cili benggala amat tinggi dengan kandungan vitamin c dan juga merupakan sumber vitamin dan mineral. Kandungan vitamin C nya adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari. Cili benggala merah juga amat baik untuk kesihatan.Bayam sangat berkhasiat dimana mengandungi beta karoten, zat besi, kalsium, vitamin B6.

Buah-buahan
Antara buah buahan yang menjadi pilihan untuk mendapatkan zat yang mencukupi adalah buah pisang, buah oren, mangga dan juga kiwi. Bukan sahaja sedap malahan mempunyai vitamin A,C dan beta karoten. Buah-buahan ini juga membantu menguatkan tulang dan juga melancarkan system penghadaman kita.

Produk tenusu
Pastikan anda memilih produk tenusu yang asli dan segar. Produk tenusu mengandungi khasiat yang tinggi kalsium,membantu penghadaman dan meningkatkan tahap imun. Ia juga sumber protein yang baik.

Daging dan kekacang
Soya dan juga tauhu memang bagus untuk kesihatan dengan mengandungi pelbagai khasiat termasuk protein, tinggi kandungan asid lemak,pelbagai vitamin dan juga fiber.Daging kualiti terbaik protin, zat besi. Juga mengandungi vitamin B12, zat besi dan selenium.

Ikan Salmon
Antara sumber terbaik asid lemak Omega-3. Juga sumber yang amat baik untuk protien, vitamin D, selenium dan vitamin B6. Anda boleh membuat sendiri resepi salmon mengikut citarasa anda, namun titik beratkan cara pembuatannya dimana kurangkan penggunaan minyak dan juga bahan yang boleh memusnahkan zat yang ada di dalam makanan ini.

1 comment:

  1. Thanks.. sharing is caring is for sure. Saya selalu buat... bake kentang dengan minyak zaitun then wrap dengan aluminium foil then bake dlm oven selama 15 to 20minit.

    ReplyDelete