Monday, October 3, 2011

Pada 27 Sept, 2011 saya di arahkan utuk menghadiri "Seminar Transformasi Minda Menjamin Kecemerlangan" yang diadakan di Hotel Excelsior, Ipoh. Lama betul rasa nya tidak ke Ipoh. Dulu ini lah tempat saya & gang gang saya melepak. Tak jauh sangat pun dari Sitiawan. Kalau drive dalam 1 jam 20 minit jer. Tapi kali ini rasa amat berlainan bila saya menjejak kaki ke Ipoh.
     Hotel Excelsior yang satu masa dulu menjadi mercu tanda bandar Ipoh, sudah saperti hotel kelas dua aje. Suasana muram dengan keadaan bilik yang sudah ketinggalan dari hotel hotel yang berhampiran. Hotel Syuen telah lama mengatasi 'glamour' Excelsior. Belum lagi sebut Hotel Heritage atau hotel milik DKLS ( lupa nama hotel nya). Dulu saya dan family selalu pergi Hi-Tea kat Excelsior, sebab nya murah ( masih lagi murah jika di bandingkan dengan hotelternama di sekitar Ipoh. Cuma kuih muih nya tidak dapat menandingi Hotel Syuen.Tapi Excelsior masih lagi menyajikan makanan yang enak terutama nya mee kari. One of the best in town. Namun saya hanya berkesempatan hanya pada hari terakhir ( 29/09/2011) untuk menikmati meehon kari nya yang memang terkenal itu.
     Tapi hotel ini masih hebat dengan aktiviti malam nya. Masih terdapat Nite Club 'fungky', 'Dangdut' or 3 piece band....hahahaah. So peserta seminar pun x berganjak ke tempat lain, walaupun saya mempelawa mereka ke "Gerbang Malam".... Apa ada Gerbang Malam jika nak di bandingkan dengan "Spot Lite" di Hotel Excelsior.
     So u all kalau ke Ipoh jangan lupa try mee kari ( cari yang halal keh), atau tidak kamu akan kerugian.

No comments:

Post a Comment