Monday, January 31, 2011
Birthday @ Tabong
Saya datang lambat sikit sebab hantar isteri ke kelinik. Sejak dia balik dari Kota Kinabalu sabtu lepas, dia demam dan selsema. Teruk gak selsema dan batuk nya. Mrs I ini jarang demam, so bila dia demam memang ler teruk nya. Tak per le sayang...telan obat ikut jadual, insyaalah cepat le sembuh nya...huhuhuhu
Makanan nya banyak betul...ada nasi lemak dan perbagai kuih muih... Best giler.. Giler ke saya bila makan benda benda tu ek. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat. Tak kira ler siapa pun yang terlibat...huhuhu
TQ..... hope tahun depan ada lagi macam nie ke.
p/s: saya kena kumpul duit dari sekarang sbb nak bagi hadiah besday pada kekawan yang bagi hadiah besday saya tahun nie....
Me Now 50
Sorry late entry... sekarang baru ada masa untuk menulis. Bukan apa, sibuk membalas sms yang hantar birthday wishes, lambat reply kang depa kata saya sombong le plak...huhuhu. Kat FB pun banyak gak, tpi tu semua kemudian boleh jawab ek. Pada gang2 n fren2 kat FB tu saya minta maaf ler kalu saya lambat reply...
Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak2, sahabat2 dan rakan sekerja yang telah memberikan ucapan tahniah samada dengan menghantar MMS or SMS serta di FB... dan ribuan terima kasih kepada yang memberi saya hadiah, amat terharu saya...Rasa macam lagi matang bila dah berumur 50 tahun ni...huhuhu.
Special thanks kepada isteri yang telah memberi saya kamera ( i really need it coz yang lama dah hilang), kepada anak2 plus isteri yang memberi saya Quran Tajwid yang tulisan amat nya besar ( yang dulu tulisan nya kecil kan ...mcm perli abg dan abah jer ko orang ni, maklum le dah kurang boleh melihat tanpa pkai spec..huhuhuhu, insyaallah selepas ini abg n abah akan guna Quran Tajwid yang baru. Yang lama tu boleh le Along guna pulak). Kepada Ekin, Nad dan Yo..thanks for the lacoste perfume ( my fav tu..huhuhu.. and yang lama pun dah nak habis...ingat nak beli yang baru masa pergi ke Langkawi nanti..since you all dah beli, tak perlu le saya bli...thanks alot my sisters. To AA, thanks for the T Shirt ( never in my dream that I can affort to buy that brand of t-shirt ) ... siap hantar guna USP.
Insyaallah saya akan upload gambar2 nya kemudian sebab ada lagi birthday function yang akan di adakan.. who knows ada present lagi ek. So....tungguuuu.
Wednesday, January 26, 2011
LAST DAY
Apa pun saya bersyukur kerana telah dapat merasai nikmat Allah yang tak terhingga ini. Dunia yang indah, makluk kehidupan yang menceriakan, udara yang percuma serta lain lain nikmatr Allah yang terhitung banyak nya. Bahagia dengan isteri dan anak serta sahabat sahabat yang lain, adalah juga satu nikmat yang di berikan oleh Allah.
Kepada Ibu, Bapa, Isteri, Anak-anak, Adik beradik, Sahabat2 serta Jiran2 yang banyak memberi sokong kepada saya sepanjang 50 tahun ini. Alhamdullilah. Ramai yang mengatakan 50 ini sebagai umur orang yang dah tua.. read as.. saya dah tua, tapi kena ingat.... saya dah merasa hidup sehingga 50 tahun... kamu????hahahahaha. Belum tentu lagi kamu dapat hidup sehingga 50 tahun.
Thank ALLAH... kerana memberikan saya kesihatan ynag baik serta rezeki yang mencukupi... AMINNNNN.
Monday, January 24, 2011
Me At BBIP
So PSM hantar ler seorang Pen Akauntan n 3 staf W (kewangan), termasuk ler saya dan 2 staf baru (intake baru). Walaupun dah ada penambahan staf, tapi disebabkan back log nya dari bulan April, 2010, maka lintang pukang gak kami. Macam2 cara dah kami usahakan... pergi mengadap orang BKB di tingkat 8 ler, USPK di tingkat 7, datang pada Sabtu n Ahad ler, kol semua PT ler... tapi masih tak nampak cara yang terbaik untuk mengesan Akaun pelarasan Kew30 (lain2) yang masih belum di buat..huhuhuhu. Ini dah nak masuk 2nd Sub...aduyaaaiiiii. Kalau tak dapat siap....maka.. kami akan serah diri untuk di pancung...hahahah. Agak2 nya kalau Pengarah tanya mengapa tak beres lagi Kew30 nya, rasa nya jawapan yang sesuai saya nak bagi...
" SAYA BODOH PUAN".... hahahaha.... ( mau menintik air mata Pengarah BBIP mendengar nya.......huhuhuhu)
Apa apa pun keadaan di BBIP Wing B agak selesa le sikit untuk bekerja, walaupun terpaksa berkongsi wing tu dengan BTM dan PSM..huhuhu. Orang lain kongsi 1 wing dengan 3 unit, tapi kami dengan 3 bahagian.... . Memang merana. Tapi ruang yang depa bagi kat saya kira luas la jugak. Lapang le sikit dan takde ler selalu terlanggar or tersepak fail yang terletak di bawah dan tepi meja tu...hehehe. Dengan harapan, selesa tempat kerja, selesa juga buat kerja...saya pasti kami dapat selesaikan backlog...Siap boleh siap... TAPI BILAAAAAAA????
My new place... Neat n clean |
Kadang kadang rasa macam duduk dalam aquarium le plk |
Siap ada pokok lagi... greeny office |
Wall paper yang menarik... happening betullllll !!!!! |
Saturday, January 22, 2011
More On Ana Rafali
Saya ada kawan orang indonesia ( dia tak bagi saya refer dia sebagai orang Indon), tapi dia dah balik Surabaya. Kata nya " Bro, there is something extra ordinary about Ana Raffali that make her special. Do you know what". So jawapan yang saya beri..." Kerna saya minat dia... she looks like your face...hahaha". (Macam tak sesuai je jawapan nya)...alamak tetiba jer teringat kat DIA.
So, u all out there yang masih belum tau or saja tak nak ambil tau....
ANA RAFFALI sekarang telah di calunkan dalam 3 kategori untuk anugerah Bintang Popular Berita Harian. May I repeat... 3 tau...bukan 1 ek. So lepas ni saya akan hantar borang undian tu banyak banyak supaya dia menang ( ni kena minta tolong Jez UKK untuk koleksi Berita Harian...heheheeh). Dan satu lagi Ana dah jadi Ikon Muzium Negara. Lepas ni mesti musuh saya akan kata," ala muzium tu kan untuk barang lama yang tak laku"..... Elooo... Ana tu cute k. jangan jelez...wakakah
Sekali lagi orang akan kata mengapa saya sibuk2 sangat hal Ana nie... My answer is... "SILA LIHAT GAMBAR ENTRY SAYA SEBELUM INI"
Wednesday, January 19, 2011
RISDA Gala Nite 2011
Lagi satu yang grand ialah cabutan bertuah... Ada TV LCD 32 inci, netbook, melancung and lots more...So u guys n gurls yang hadir mesti ghairah ek...bukan nak tau sapa yang jadi johan tapi siapa yang dapat hadiah cabutan bertuah nya...Apa2 saya tak terlibat ler sbb saya tak hadir... kalu hadir rasa nya netbook milik mutlak saya kot... ( masih day dreammmmm...huhuhuhu ). So kalau ada sesiapa gang saya yang dapat hadiah best2 tu, saya ucapkan tahniah....( walaupun tak ikhlas..wakakakakahhhh)
Best tak lakonan Pelakun Pembantu Terbaik lelaki dan wanita yang tidak di calunkan ini. Pape pun they got 3rd prize ek. |
We Are The Champion ( BPK, Korporat n Selangor) |
Ni persembahan dari Zon Utara... Eh!!!! ngapa pulak team x ada placing pn ada gambar kat sini... Sebab saya orang utara...hahahaha |
Sesiapa yang tak menang...read as KALAH...try again next year...
Friday, January 14, 2011
Malam Gala RISDA......
Biasa nya Grand ler...
Tapi kali xtau ler pulak....
Hendak pergi ke x?
pergi ke x?
Tapi saya dapt jemputan
Nak pegi ke x?
Kalau x pegi
kena minta gambar nya dri UKK ler
or member yg bawa kamera.
Nak Pergi Ke Tidak??????
Comel Nyerrr Dia.....
(Piapppppp... adussss..sapa plk yang jentik telinga saya nie...huhuhuhu)
Thursday, January 13, 2011
Unrequited Love
Suddenly, I remember a friend of mine. She once send me an e-mail about why we shout at each other, but I may have deleted it from my inbox. So i contacted her and ask her to re mail it back to me.. So, let us share what she wrote, for us to share and not only to adik.........
Once a professor asked his students: "Why do we shout in anger? Why do people shout at each other when they are upset?" The students thought for a while before one of the them said: "We shout because we lose our calm." " But why shout when the other person is just next to you? Isn't it possible to speak to him or her with a soft voice?" The students gave various answers, none of which satisfied the professor.
Finally he explained: "When 2 people are angry with each other, their hearts distance. To cover that distance, they must shout at each other. The angrier they are, the louder they will have to shout to hear each other through that great distance". Then he asked: "What happens when two people fall in love? They don't shout at each other but talk sofly. Why??? Because their hearts are so close. The distance between them is very small."
"When they love each other even more, what happens? They do not speak - they only whisper and get closer to each in their love. Finally they do not even need to whisper. They only look at each other, that's all. That is how close two people are when they love each other."
So, when you argue, do not let your hearts get distant or say words that distance each other even more, or they may come a day when the distance is so great you will not find the path back to each other.
Thanks JOYCE LOH....hope this will bring back the cheerist in my adik's face.
To my Adik: "Belajarlah menyayangi orang yang sayangi kamu"
Tuesday, January 11, 2011
JUARA LAGU AJL25
Saya memang peminat Ana Raffali, i mean her song. Lain dari yang lain. Mungkin orang akan kata lagu puisi tu sama saja, kuat nya pada puisi or sajak tapi melodi nya tetap sama. Tapi kalau di amati lagu2 Ana ni ada kelainan. Unik dan bertenaga serta ada message gitu....Tapi yele, orang cemburu nie ada di mana mana. You name it, and it will appear right in front of our nose..Nasihat saya pada Ana, jangan peduli apa orang lain yang cakap pasal kamu. Jadikan kan kritikan tu sebagai yang membina... Penat mulut mereka bercakap maka dengan sendiri nya mereka akan berhenti... manusia mana bisa akan puas dengan kejayaan orang lain, ada saja komplen nya. Sampai jury pun mereka nak komen... ish3... Apa2 pun yang pasti Ana Raffali dah dapat RM35,000.00 ( banyak tuuuuu) ...... so now who got the last and biggest laugh....hahaha.
Ramai yang bertanya kenapa saya sibuk mempertahankan Ana... oh well... saya dengan Ana ni bukan nya orang lain... ada le ikatan persaudaraan. Tak percaya.... just have a look at the photo below... Caya kan....hahahahaa.
Friday, January 7, 2011
New Cooking Blog
" hello my dear... our house is in Alam Damai, not at Ampang or Wangsa Maju" that words are always in my mind but cant voice it..hehehe. From our office to my home is about 18km ONLY, but it sometime takes an hour to reach home. But for the sake of my loving wife......
Now, back to original intention is to share a blog about recipe that divert me from the web site that I'm been reading. If you all out there ( i mean women), who loves cooking and wanna try new recipes, this blog might help you.....So you all should try to have a look at this blogspot (Only for Western Food lovers )
My Collection Of Planes
Sebahagian dari koleksi model kapal terbang saya kat rumah Alam Damai, KL. Ada lagi sebahagian di Sitiawan. Belum banyak lagi tapi akan berusaha untuk mengumpul sedikit demi sedikit. ini adalah hobi yang menarik....Kalau ada member member yang nak jual 2nd hand model planes yang ada pada mereka boleh contact saya.
Thursday, January 6, 2011
BERKAYAK
RENUNGAN
To my Sons,
To my Families,
To my Frens...................
from me to u all........
" Jika apa yang kita doakan di kabulkan Allah dengan cepat, Allah sayang akan kita...
Jika apa yang kita doakan lambat di kabulkan, bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita...
Jika apa yang kita doakan tidak di makbulkan, jangan lah kita hampa....
Ini bukan kerana Allah benci kita, tetapi Allah ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita doakan...."
InsyaAllah.....
KL vs Hujan
Tapi hari ini jem giler.. tersekat kat susur masuk simpang shamelin.. tgk jam dh kul 7.51am...
Kat traffik light susur kuar jln ampang( 7.56am).. lampu plk merah. Bila lampu hijau jer mrs pun speed cam formula 1... sampai depan opis, parker kt tempat KP (hahahaa).. berlari ke tempat punch kad n punch jam 8.00am.... Selamat Aku..
Nasib baik punch clock WP3 tu lewat 6 minit...
p/s... kepada sesiapa yang set kan jam punch clock WP3 tu mengikut jam di tangan nya...tengQ2
Wednesday, January 5, 2011
Piala AFF Suzuki
Malaysia menang Piala AFF 2010.... Malaysia menang di Bukit Jalil 3-0 and kalah di Jakarta 1-2, so kita menang 4-2. Suprise kan... tpi tiada yang mustahil dalam bola sepak. Rasa nya belum terlambat pun untuk mengucapkan TAHNIAH pada team bolasepak Malaysia, kepada pemain pemain, jurulatih & pengurusan. Satu sejarah telah terlakar dalam kelendar bolasepak Asean. Malaysia menang Piala AFF & the champion of the South East Asia. Hahahaha... Bangga nya aku...
So, Malaysia akan di gelar Juara sehingga kejohanan akan datang iaitu 2 tahun lagi. Apa apa pun di harap Malaysia dan pemain pemain Malaysia tidak lupa diri dan berusaha lebih untuk di kenangi sebagai pasukan yang benar2 mantap dan tidak di kategorikan sebagai pasukan yang menang Piala AFF sebagai pasukan yang bernasib baik.
p/s........... NIKE got the big laugh... sbb jersey team Malaysia habis di jual...hahahaha
p/s ii) ........to my special fren AA: kamu kalah dong....wakakahwakakah... ayuk kamu blajaren aku ok...
23th Anniversary....
Kalau di fikir kan aku rasa bertuah kerana aku berkahwin dengan sekali bercinta sahaja. Walaupun ada rintangan yang terpaksa aku hadapi, tapi itu bukan lah halangan, apatah lagi isteri aku sangat memahami aku ketika itu. Thanks dear......
Terbayang wajah emak... tajam merenung aku... mungkin dalam fikiran nya " kawin gak anak aku yang nakal ini...." . Jangan cakap macam tu mak., anak omak ini dah beso n mampu dah... hahahaha.
Kepada isteri ku.... THANKS ALOT FOR BEING A GREAT AND CARING WIFE, UNDERSTANDING FREN, LOVING MOTHER, GOOD LISTENER AND MOST IMPORTANT A SHOULDER THAT I CAN CRY ON.
Kepada anak2 ku.... THANKS 4 BEING A GOOD SON.
Harap2 umur kami panjang n baik kesihatan n murah rezeki.
HAPPY 23TH ANNIVERSARY................. hope to meet again in the next anniversary...